Posts

Pokok2 Buah Dalam Dusun TokAlias

Image
Assalamualaikum semua Sebelum ni aku ada bagitau nak update list pokok yang sudah ditanam dalam kebun ni sejak Aku usahakannya hampir 2 tahun lebih yang lalu. Post lain mengenai pengalaman aku mula usahakan kebun ni akan aku coret dalam post lain nanti hehe 😅 Dulu berdua usahakan dengan ayah tapi kebelakangan ni ayah agak sibuk. Lama sangat dah aku usahakan sendiri sorang2. Ada feel juga tu hehe 😆 Meh aku mulakan Asalnya dalam kebun ni ada juga pokok2 durian kampung yang ditanam oleh arwah atuk yang masih berjasa sampai sekarang. Pokok Durian Kampung yang lama sudah ditanam sejak zaman arwah moyang aku lagi Durian Kampung yang paling bongsu. Kira2 dalam umur 20-25 tahun macam tu. Buah dia yang paling sedap dalam kebun ni 😅 Banyak lagi yang dalam perancangan untuk ditanam bagi melengkapkan misi Hutan Dusun Tok Alias ni. Moga2 dimudahkan semua usaha aminn.. Semuanya untuk anak cucu di mas...

Lama Tak BerBlogging!

Image
Assalamualaikum semua. Fuhh lama betul dah main blogging2 ni. Sewaktu aku tulis post ni seluruh negara sedang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18hb April tu hari. Buat itu ini semua serba tak kena memandangkan banyak aktiviti biasa di luar banyak dikekang masa ni. Malam masa post ni ditulis adalah tergerak di hati tu nak menulis blog yang dulu boleh kata hobi aku jugak la. Aku pun tak berapa ingat sangat kenapa hobi blogging lama sangat aku tinggalkan. Mungkin pada masa tu social media macam Facebook tengah top semuanya orang share dekat platform tu yang buat Aku tinggalkan apa2 benda yang nak Aku sharing melalui blogging. Pada yang rasa nak view blog lama aku dipersilakan hehe.. Ni link dia:- https://shafiqzakariah.blogspot.com/?m=1  Berbalik pada cerita tadi aku pun tergerak hati nak menulis balik blog ni bukan lah apa2 cuma nak berkongsi pasal minat aku mengusahakan dusun buah-buahan di tanah rizab sungai dekat kampung halaman aku Kampung Kuala Perdek Hu...