Lama Tak BerBlogging!

Assalamualaikum semua.

Fuhh lama betul dah main blogging2 ni. Sewaktu aku tulis post ni seluruh negara sedang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18hb April tu hari. Buat itu ini semua serba tak kena memandangkan banyak aktiviti biasa di luar banyak dikekang masa ni. Malam masa post ni ditulis adalah tergerak di hati tu nak menulis blog yang dulu boleh kata hobi aku jugak la. Aku pun tak berapa ingat sangat kenapa hobi blogging lama sangat aku tinggalkan. Mungkin pada masa tu social media macam Facebook tengah top semuanya orang share dekat platform tu yang buat Aku tinggalkan apa2 benda yang nak Aku sharing melalui blogging. Pada yang rasa nak view blog lama aku dipersilakan hehe..

Ni link dia:-
https://shafiqzakariah.blogspot.com/?m=1 

Berbalik pada cerita tadi aku pun tergerak hati nak menulis balik blog ni bukan lah apa2 cuma nak berkongsi pasal minat aku mengusahakan dusun buah-buahan di tanah rizab sungai dekat kampung halaman aku Kampung Kuala Perdek Hulu Langat sejak 2-3 tahun yang sudah. Semoga minat yang aku baru2 nak ceburi ni dapat bagi manfaat pada sesiapa yang ada minat sama dengan aku melalui post sharing dalam blog ni. 

Meh aku share sikit gambar2 dusun yang aku usahakan buat masa ni. 😅🤣


Kebun Phase 1 

Area phase 1 masa mula2 start menanam pisang dulu. Ada pisang kepok, tanduk, jangka dan pisang mas.

Pisang  Nangka


Bahagian yang paling hujung bersebelahan paya yang dahulunya bekas sungai.

Angsa ni berjiran jer..sebelah kebun


Untuk makluman korang kebun ni aku asingkan atau bahagikan kepada dua phase 🤭🤭 yang phase dua ni dahulunya ada lah bekas belukar yang penuh dengan pokok2 getah dan pokok2 belukar lain sudahpun ditolak dengan backhoe bulan 10 tahun yang sudah. So gambar2 yang ada ni adalah dari kebun phase 1 hehe 🤣🤣

Dalam next post aku akan update pokok2 buah yang dah Aku sulam tanam dalam kebun ni

😆😁😄

Comments

Popular posts from this blog

Pokok2 Buah Dalam Dusun TokAlias